Mesjid Xi’an

Meskipun terhimpit dengan faham komunisme, Islam di Republik Rakyat China mampu bertahan dan terus berkembang. Selain jumlah penganut yang semakin ramai, masjid juga mudah ditemui di beberapa tempat di negara berpenduduk paling ramai di dunia. Antaranya Mesjid Utama di Xian yang menampung keperluan hampir 60,000 masyarakat Islam daerah itu.

Mesjid yang dipercayai dibina pada era Dinasti Tang, sekitar tahun 742 sebagai pusat ibadah pedagang Arab yang berniaga di China. Berbeda dengan masjid lain di tanah Arab, mesjid ini tidak memiliki kubah dan menara. Sebaliknya, seni binanya lebih dipengaruhi gaya seni China, kecuali ukiran bertulisan Arab dan ukiran 99 nama Allah dan petikan dari ayat suci al-Quran. Walaupun mesjid ini tidak bermenara, ada dua pagoda memiliki fungsi yang hampir sama dengan menara.

Sejak dibina pada Dinasti Tang, mesjid ini mengalami banyak perubahan dan perbaikan ketika Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing. Dengan berbagai renovasi tersebut,  masjid itu kini menjadi masjid terbesar di China . Ia didirikan di tapak berukuran empat segi tepat yang dibagikan kepada empat halaman. Halaman pertama memiliki hiasan gerbang berukir dengan ketinggian sembilan meter yang dibuat sejak abad ke-17. Di beberapa bagian, perabot lama tinggalan Dinasti Ming dan Qing turut dipamerkan. 

Mesjid itu juga dihiasi tulisan kaligrafi yang dihasilkan oleh guru kaligrafi terkenal Dinasti Song, Mi Fu dan juga oleh Dong Qicheng dari Dinasti Ming. Selain itu, di situ juga tersimpan Al-Quran bertulisan tangan peninggalan Dinasti Ming dan kalendar batu yang dikenal dengan jadwal bulan yang ditulis oleh imam masjid berkenaan. Peninggalan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi terutama berkaitan dengan perkembangan Islam di wilayah Shaanxi. 

Mengikut sejarah, sejak zaman berzaman pedagang Arab memiliki hubungan perniagaan dengan pedagang China. Maka dari itu tidak mengherankan, apabila selepas kemangkatan baginda Rasulullah sekitar abad ke tujuh, masyarakat Arab memilih China sebagai tujuan penyebaran Islam. 

Walaupun masyarakat Islam ini tetap memelihara kebudayaan dan agama mereka, pergaulan dan perkawinan dengan masyarakat setempat melahirkan kelompok masyarakat Islam minoriti yang unik dan akhirnya melahirkan kelompok masyarakat yang dikenali sebagai Hui.

     Untuk melihat lebih dekat dengan kepala sendiri mesjid ini dan mesjid lainnya beserta kehidupan masyarakat Islam di Cina secara umum, Anda dapat menghubungi beberapa organisasi Islam yang ada di Los Angeles, seperti diantaranya melalui www.IslamiCity.com. (IK)